Thursday, July 30, 2009

Kursus Dalaman MPP

Tarikh : 6hb Februari 2009
Tempat : Bilik Multimedia 2 (MM2)
Masa : 8.00 pagi - 1.00 petang
Penglibatan : Semua ahli MPP Sesi 2008/2009

Ojektif kursus:
+ Mengajar cara betul untuk menulis surat-surat rasmi, laporan-laporan serta kertas kerja bagi aktiviti
+ Mengajar cara untuk mengendalikan sesebuah aktiviti dengan betul
+ Melatih para MPP untuk menjadi pemimpin yang berdisiplin, berkebolehan dan bertanggungjawab.

Kursus ini berjaya mencapai objektifnya dan ternyata ia amat berkesan bagi semua ahli MPP yang pada mulanya tidak tahu format tepat menulis surat, kertas kerja mahupun laporan dengan betul. Di samping itu, para MPP juga dapat menimba ilmu mengenai cara-cara untuk mengendalikan aktiviti dengan tatatertib yang betul.

Terima kasih kepada kedua-dua kaunselor sekolah yang telah menolong kami dalam menjayakan kursus yang amat penting ini.











Sumbangan Ikhlas Bagi Mangsa Peperangan Gaza, Palestin

Tarikh : 8hb Februari 2009
Tempat : Dewan Harmoni, SMK DPM

Untuk pengetahuan umum, kutipan derma telah dijalankan dari kelas ke kelas (sidang pagi dan petang) selama seminggu sebelum tarikh penyerahan wang kepada Puan Pengetua. Sambutan yang didapati daripada kutipan ikhlas ini amat memberangsangkan dan ini menunjukkan bahawa warga SMK DPM amat mengambil berat terhadap mangsa peperangan di Gaza.

Kutipan ikhlas berjumlah RM710 telah berjaya dikutip.

Pertandingan Gigi Terbersih

Tarikh : 18hb Februari 2009

Penglibatan Pelajar :
Setiap kelas menghantar satu wakil untuk pertandingan tersebut.