Thursday, July 30, 2009

Kursus Dalaman MPP

Tarikh : 6hb Februari 2009
Tempat : Bilik Multimedia 2 (MM2)
Masa : 8.00 pagi - 1.00 petang
Penglibatan : Semua ahli MPP Sesi 2008/2009

Ojektif kursus:
+ Mengajar cara betul untuk menulis surat-surat rasmi, laporan-laporan serta kertas kerja bagi aktiviti
+ Mengajar cara untuk mengendalikan sesebuah aktiviti dengan betul
+ Melatih para MPP untuk menjadi pemimpin yang berdisiplin, berkebolehan dan bertanggungjawab.

Kursus ini berjaya mencapai objektifnya dan ternyata ia amat berkesan bagi semua ahli MPP yang pada mulanya tidak tahu format tepat menulis surat, kertas kerja mahupun laporan dengan betul. Di samping itu, para MPP juga dapat menimba ilmu mengenai cara-cara untuk mengendalikan aktiviti dengan tatatertib yang betul.

Terima kasih kepada kedua-dua kaunselor sekolah yang telah menolong kami dalam menjayakan kursus yang amat penting ini.











Sumbangan Ikhlas Bagi Mangsa Peperangan Gaza, Palestin

Tarikh : 8hb Februari 2009
Tempat : Dewan Harmoni, SMK DPM

Untuk pengetahuan umum, kutipan derma telah dijalankan dari kelas ke kelas (sidang pagi dan petang) selama seminggu sebelum tarikh penyerahan wang kepada Puan Pengetua. Sambutan yang didapati daripada kutipan ikhlas ini amat memberangsangkan dan ini menunjukkan bahawa warga SMK DPM amat mengambil berat terhadap mangsa peperangan di Gaza.

Kutipan ikhlas berjumlah RM710 telah berjaya dikutip.

Pertandingan Gigi Terbersih

Tarikh : 18hb Februari 2009

Penglibatan Pelajar :
Setiap kelas menghantar satu wakil untuk pertandingan tersebut.










Friday, April 24, 2009

Hari Expo Lestari

Date: April 22nd, 2009
Time: 7am - 12.30 noon
Event: Lestari Expo

In relation with the World Earth Day, Expo Lestari was done in order to commemorate that day. There were a lot of activities organized by different KOKUM bodies and stalls being prepared as well. Family members as well as our friends from neighbouring school also came to celebrate with us.

The MPP were broken down in groups and given tasks/work. Such taks/work were:
- selling mineral water
- helping with prizes
- handling the PA system
- handling the Fashion Show participants
- handling prize recipients
etc...

Overall, the whole event went as planned, and smoothly.














Wednesday, March 18, 2009

Majlis Kongsi Raya

Majlis Kongsi Raya merupakan satu majlis yang unik dimana 3 perayaan utama seperti Hari Raya, Tahun Baru Cina dan Hari Krismas digabungkan dalam satu perayaan. Walaupun perayaan ini tidak asing bagi warga SMKDPM, terutamanya warga asrama, namun tahun ini(2009) merupakan tahun kedua ia diadakan secara besar-besaran kerana selama ini ia hanya diadakan untuk warga asrama.

Tahun kedua ini nyata sekali tahap kemeriahannya dengan adanya penyertaan dari warga SMKDPM yang lain serta adanya aktiviti-aktiviti baru yang lebih menyeronokkan.

ATURCARA MAJLIS [21hb Feb 2009]

7.00 pagi - Tarian Pembukaan
7.20 pagi - Ucapan dari Puan Pengetua serta perasmian majlis
7.40 pagi - Pertandingan Peragaan
8.30 pagi - Pertandingan Makan Oren
9.50 pagi - Penyampaian Hadiah
.............>> Pertandingan Menulis Esei
.............>> Pertandingan Melukis Poster
.............>> Pertandingan Makan Oren
.............>> Pertandingan Peragaan
10.30 pagi - Majlis Tamat